OHH ANWAR..



Hari ini dalam ucapan sulong MP Bayan Baru Datuk Zahrain secara live membuat kejutan dengan mendedahkan bagaimana Anwar Ibrahim menipu dan bohong wakil-wakil rakyat di dalam Pakatan Rakyat ketika projek 16 September yang dilakukannya untuk menjatuhkan kerajaan BN ketika itu dipimpin oleh Pak Lah .

Zahrain mendakwa bahawa MP-MP Pakatan ketika itu diberitahu bahawa YDP Agong sedang menunggu di Istana untuk mendapatkan kenyataan jumlah Ahli Parlimen BN yang melompat bagi membolehkan pihak pembangkang membentuk kerajaan . Selain itu, katanya YDP Agong merestui Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri yang keenam . Dakwanya lagi , mereka juga disogokkan cerita kononnya Panglima Angkatan Tentera dan tentera memberi sokongan pembentukan kerajaan oleh Pakatan diketuai Ahli Parlimen Prmtg Pauh .

Pendedahan terbaru Zahrain ini membuatkan dewan kecoh seketika dengan panglima2 Anwar seperti Tian Chua & Gobala bangun pertikai pendedahan Zahrain dan MP BN pulak membantah pertikaian mereka ini . Ketika itu , riak wajah Anwar memang merah padam dan beliau tidak tahu nak berkata apa-apa lagi lalu tiba-tiba kelihatan mahu meninggalkan dewan ketika Zahrain membuat pendedahan.

Yang syok itu , ketika Anwar mahu cabut lari, MP - MP BN menjerit " jangan keluar , jangan keluar " ketika melihat tindakan Anwar keluar dewan .

Jadi , sebenarnya Anwar Ibrahim @ Pak Sheikh Prmtg Pauh ini bukanlah hebat mana pun . Tak perlu takut pun dengan Pak Sheikh ini kerana dia pun manusia . PB pun kadang-kadang hairan masih lagi ada pemimpin2 UMNO takut untuk hantam & krititik Anwar Ibrahim ini .Anwar hanya berani dihadapan penyokongnya saja kerana mereka ini akan percaya bulat-bulat apa yang Anwar cakap walaupun benda itu tak betul pun dan hanya spin semata-mata.

http://umnotr3.blogspot.com/2010/03/dedah-tetap-dedah.html

Read Users' Comments (0)

0 Response to "OHH ANWAR.."