Anwar oh Anwar

Penulis terkejut dengan pendedahan yang mengatakan bahawa Anwar Ibrahim pernah menggelarkan Nik Aziz Nik Mat, pemimpin PAS sebagai ulama 'terompah' iaitu satu gelaran yang sinonim dengan tandas atau tempat kotor.

Sampai hati Anwar Ibrahim menjatuhkan maruah Nik Aziz sedangkan Nik Aziz adalah rakan politik beliau sendiri. Malah, pemimpin-pemimpin parti lawan masih menjaga tatasusila serta menghormati Nik Aziz tidak seperti Anwar Ibrahim

Pendedahan tersebut jelas menunjukkan karakter chameleon Anwar Ibrahim yang berbaik-baik di depan pemimpin PAS itu tetapi memburuk-burukkan Nik Aziz di belakang beliau.

Penyokong PAS tentu terkejut dengan pendedahan di atas dan akan lebih sedar tentang manusia yang bernama Anwar Ibrahim.

Penulis tidak tahu sama ada mereka akan terus menyanjung Anwar Ibrahim kerana kalau ya, maksudnya mereka tidak sayang kepada Nik Aziz Nik Mat, pemimpin mereka sendiri.

Malah, pembohongan Anwar Ibrahim yang mengatakan bahawa Yang Di-Pertuan Agung telah memperkenankan perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri juga merupakan strategi murahan beliau yang sungguh memalukan sekali.

Nampak sangat bahawa Anwar Ibrahim sangat tertekan dan begitu berangan-angan untuk menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup berbohong dan memutar belitkan isu serta fakta.

Read Users' Comments (0)

0 Response to "Anwar oh Anwar"