Kenapa kami bermati-matian pertahankan SAHABAT NABI SAW???


Jumhur para ulama’ al-Salaf (terdahulu) dan al-Khalaf (terkemudian) serta para peneliti berpendapat bahawa para sahabat radhiallahu ‘anhum keseluruhannya adalah adil dimana sedikit sahaja di antara mereka yang melakukan kefasikan serta kesalahan. al-Khatib al-Baghdadi rahimahullah (463H) berkata di dalam kitabnya al-Kifayah:[2]

كل حديث اتصل إسناده بين من رواه وبين النبي صلى الله عليه وسلم لم يلزم العمل به إلا بعد ثبوت عدالة رجاله ويجب النظر في أحوالهم سوى الصحابي الذي رفعه الى رسول الله صلى الله عليه وسلم لأن عدالة الصحابة ثابتة معلومة بتعديل الله لهم واخباره عن طهارتهم واختياره لهم في نص القرآن.

Setiap hadis yang bersambung sanadnya di antara seseorang yang meriwayatkannya dengan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, tidak diwajibkan beramal dengannya kecuali selepas dipastikan keadilan perawi-perawinya dan diwajibkan melihat akan keadaan mereka kecuali sahabat yang meriwayatkan terus kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Ini kerana keadilan sahabat telah sabit dan maklum dengan pengiktirafan Allah terhadap mereka dan perkhabaran-Nya tentang kesucian mereka dan pemilihan-Nya akan mereka di dalam nas-nas al-Qur’an. (Kemudian al-Khatib menyebut ayat-ayat al-Qur’an yang dimaksudkan)[3]

(ثم قال): وجميع ذلك يقتضى طهارة الصحابة والقطع على تعديلهم ونزاهتهم فلا يحتاج أحد منهم مع تعديل الله تعالى لهم المطلع على بواطنهم إلى تعديل أحد من الخلق له فهو على هذه الصفة إلا ان يثبت على أحد ارتكاب ما لا يحتمل إلا قصد المعصية والخروج من باب التأويل فيحكم بسقوط العدالة وقد برأهم الله من ذلك ورفع أقدارهم عنه على أنه لو لم يرد من الله عز وجل ورسوله فيهم شيء مما ذكرناه لأوجبت الحال التي كانوا عليها من الهجرة والجهاد والنصرة وبذل المهج والأموال وقتل الآباء والأولاد والمناصحة في الدين وقوة الإيمان واليقين القطع على عدالتهم والاعتقاد لنزاهتهم وأنهم أفضل من جميع المعدلين والمزكين الذين يجيؤن من بعدهم أبد الآبدين.

(Kemudian al-Khatib berkata) Semua ini menunjukkan tentang kesucian para sahabat dan kepastian di atas keadilan dan kemurnian mereka. Ini kerana Allah Subhanahu wa Ta‘ala sendiri yang mengetahui akan hakikat sahabat, telah menyatakan keadilan mereka. Maka para sahabat tidak memerlukan lagi seseorang lain bagi menyatakan keadilan mereka. Mereka kekal dengan status yang demikian kecuali adanya seseorang yang berniat jahat yang sengaja mengeluarkan mereka daripada kedudukan ini dengan menggugurkan keadilan mereka, padahal Allah Taala telah membebaskan mereka daripada tuduhan ini. Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah mengangkat kedudukan mereka di sisi-Nya.

Sehinggakan sekiranya Allah ‘Azza wa Jalla dan Rasul-Nya tidak menyebut akan kelebihan mereka, memadailah hal ini dengan keadaan mereka dalam berhijrah, berjihad dan mengorbankan diri dan harta mereka. Malah mereka sanggup membunuh anak-anak serta bapa-bapa mereka demi mempertahankan agama Allah. Sifat memberi nasihat untuk agama serta kekuatan iman dan yakin mereka yang menjadi bukti akan keadilan mereka. Justeru itu adalah menjadi kewajipan kepada kita ber’tikad akan kemurnian atau kesucian mereka dan bahawasanya mereka itu lebih baik dari semua orang yang dikatakan adil dan yang dikatakan murni (atau suci) yang datang selepas mereka untuk selama-lamanya.

Ibn ‘Abd al-Barr rahimahullah (463H) di dalam kitabnya al-Isti‘ab:[4]

الصحابة رضى الله عنهم قد كفينا البحث عن أحوالهم لإجماع أهل الحق من المسلمين وهم أهل السنة والجماعة على أنهم كلهم عدول

Para sahabat radhiallahu ‘anhum apabila dilakukan penelitian terhadap keadaan mereka, maka para ahli kebenaran daripada kalangan umat Islam, yakni Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah telah bersepakat (ijma’) bahawa keseluruhan mereka adalah adil.

Ibn Hazm rahimahullah (456H) berkata:[5]

وكلهم عدل إمام فاضل رضي فرض علينا توقيرهم وتعظيمهم وأن نستغفر لهم ونحبهم ... وسواء كان من ذكرنا على عهده عليه السلام صغيرا أو بالغا ... وكلهم معدودون في خيار الصحابة مقبولون فيما رووا عنه عليه السلام أتم القبول وسواء في ذلك الرجال والنساء والعبيد والأحرار.

Keseluruhan para sahabat adalah adil, imam yang mempunyai keutamaan serta diredhai. Wajib bagi kita memuliakan serta menghormati mereka, serta memohon ampun ke atas mereka serta mengasihi sekalian mereka, sama ada yang masih kecil ataupun yang sudah dewasa. Kesemua mereka termasuk dalam kategori sahabat, periwayatan mereka daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam semuanya diterima sama ada daripada kalangan lelaki, perempuan, hamba mahupun orang merdeka.

وأما من ارتد بعد النبي صلى الله عليه وسلم وبعد أن لقيه وأسلم ثم راجع الإسلام وحسن حاله كالأشعث بن قيس وعمرو بن معدي يكرب وغيرهما فصحبته له معدودة وهو بلا شك من جملة الصحابة لقول رسول الله صلى الله عليه وسلم ((أسلمت على ما سلف لك من خير)) وكلهم عدول فاضل من أهل الجنة.

Adapun yang murtad dari Islam sesudah (beriman kepada) Nabi shallallahu 'alaihi wasallam (yakni) sesudah dia menemui baginda dan memeluk Islam kemudian (murtad dan kembali semula kepada) Islam serta baik pula keadaannya seperti Ash‘as bin Qais, ‘Amr bin Ma‘adi Yukarib serta selain daripada mereka berdua, maka mereka termasuk di dalam kategori sahabat tanpa keraguan. Ini berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam: “Engkau telah masuk Islam dengan membawa kebaikan yang dahulu engkau lakukan.”[6] Maka mereka sekalian itu adalah adil dan memiliki keutamaan daripada kalangan ahli syurga.

al-Nawawi rahimahullah (676H) di dalam kitabnya al-Taqrib berkata:[7]

الصحابة كلهم عدول من لابس الفتن وغيرهم بإجماع من يعتد به

Para sahabat semuanya adil sama ada yang terlibat di dalam fitnah ataupun yang tidak terlibat sebagaimana yang telah disepakati oleh alim ulama’.

al-Suyuthi rahimahullah (911H) mengulas di dalam kitabnya al-Tadrib:[8]

والسبب في عدم الفحص عن عدالتهم أنهم حملة الشريعة فلو ثبت توقف في روايتهم لانحصرت الشريعة على عصره صلى الله عليه وسلم ولما استرسلت على سائر الأعصار

Alasan mengapa tidak perlu diadakan penelitian terhadap keadilan mereka adalah kerana mereka merupakan pembawa Syari’at bersama-sama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Sekiranya mereka tidak bersifat dengan keadilan maka sudah tentu Syariat Islam ini akan mengalami kekurangan di sana sini sedangkan para sahabat telahpun bertebaran di muka bumi menyebarkannya.

al-Dzahabi rahimahullah (748H) berkata:[9]

فأما الصحابة رضي الله عنهم فبساطهم مطوي وإن جرى ما جرى وإن غلطوا كما غلط غيرهم من الثقات فما يكاد يسلم أحد من الفلظ لكنه غلط نادر لا يضر أبدا إذ على عدالتهم وقبول ما نقلوه العمل وبه ندين الله تعالى.

Maka adapun para sahabat radhiallahu 'anhum mereka diperlakukan sebagaimana perawi thiqah yang lain dan mereka juga melakukan kesilapan sebagaimana perawi thiqah yang lain. Jika terdapatnya kesalahan sekalipun maka ianya sangat jarang dilakukan serta tidak memudaratkan periwayatan mereka sama sekali. Oleh itu diterima dan diamalkan apa yang diriwayatkan oleh mereka.

Begitulah pandangan para ilmuan[10] terhadap keadilan para sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dimana mereka bersepakat bahawa para sahabat keseluruhannya bersifat adil sekalipun sebahagian kecil di antara mereka melakukan kefasikan serta kesalahan. Dalam bab berikutnya kami akan memaparkan beberapa pandangan aneh tentang para sahabat.


TOLONG SEBARKAN UNTUK KEPENTINGAN UMAT ISLAM

Read Users' Comments (0)

0 Response to "Kenapa kami bermati-matian pertahankan SAHABAT NABI SAW???"